Your Browser Does not Support JavaScript
 
Skip Navigation  Increase Text   
  Logo and Link for Singapore Government website, Open in New Window
Ministry of Community Development, Youth and Sports Logo  Contact Info   Feedback   Sitemap
Home  About MCYS  Individuals  Youth  Families  Community  Sports
Singaporeans
Quick Links To
 Directory of Family & Community Services
 ComCare
 社 区 关 怀 基 金
 Dana ComCare
 காம்கேர் நிதி
 FAQs
 Press Release
 Speeches
 Research
 Statistics
 Publications
 Career
 Directory of Family & Community Services
 Search All
 Child Care Services
 Disability Services
 Eldercare Services
 Family Services
 Kindergarten Services
 ComCare - Helping the Needy
 Student Care Services
 Service Providers
 Community Development Councils
 Voluntary Welfare Organisations
ComCare - Helping the Needy
 
bullet Pendahuluan ComCare Logo
bullet Anda Perlukan Bantuan?
bullet Program Perintis di bawah ComCare
bullet Ingin memulakan program atau khidmat untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan?
bullet Keterangan lanjut mengenai ComCare (dalam Bahasa Inggeris)
bullet Kenyataan akhbar dan ucapan-ucapan mengenai ComCare (dalam Bahasa Inggeris)
 
 
Pendahuluan
 
Dana ComCare adalah satu komitmen pemerintah untuk membantu warga Singapura yang kurang berkemampuan, bagi memastikan mereka tidak ketinggalan. ComCare membawa maksud:
 
  • Lebih bantuan kepada golongan kurang berkemampuan.
    Skim-skim baru akan diwujudkan untuk membantu warga Singapura yang serba kekurangan agar mereka dan keluarga mereka dapat berdikari.
     
  • Sumber bantuan yang lebih dekat, melibatkan banyak pihak menghulurkan bantuan.
    Sumber bantuan akan lebih berhampiran dengan tempat tinggal pemohon, dengan penglibatan pertubuhan-pertubuhan masyarakat, akar umbi dan badan kebajikan sukarela. Badan-badan seperti Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC), Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) dan Pusat-pusat Perkhidmatan Keluarga (FSC) adalah di antara tempat-tempat untuk memohon bantuan.
     
  • Pemberian bantuan lebih fleksibel, di mana perlu.
    Bantuan akan lebih fleksibel, dengan mengambil kira keadaan pemohon dan keluarganya.
     
  • Skim-skim bantuan yang dipermudah dan diselaraskan.
    Bantuan akan diselaraskan dan proses mendapatkan bantuan akan lebih mudah dan cekap.
 
ComCare terdiri dari tiga program tunggak, merangkumi golongan-golongan tertentu. Program-program tunggak ini adalah:
 
  • Comcare Self-Reliance, untuk membantu golongan kurang berkemampuan berdikari.
     
  • Comcare Grow, untuk pembangunan kanak-kanak keluarga kurang berkemampuan, agar mereka dapat keluar daripada lingkaran kemiskinan.
     
  • ComCare EnAble, bagi golongan yang memerlukan bantuan jangka panjang (seperti warga tua atau golongan cacat yang susah) upaya mereka dapat diintegrasikan dalam masyarakat.
 
Top
 
 
Anda Perlukan Bantuan?
 
Jika anda memerlukan bantuan, anda hanya perlu ke Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC), Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) atau Pusat Perkhidmatan Keluarga (FSC) yang berdekatan. Pegawai di pertubuhan-pertubuhan ini akan mempertimbangkan permohonan anda dan menawarkan bantuan yang paling sesuai.
 
Program-program bantuan nasional terbahagi kepada tiga tunggak, seperti yang disenaraikan di bawah. Sila klik pada nama program untuk keterangan lanjut mengenai program tersebut.
 
ComCare SelfReliance
bullet Dana Keusahawanan ComCare - ComCare Enterprise Fund
bullet Sokongan Untuk Pekerjaan (WS)
bullet ComCare Transitions (CCT)- in English
 
ComCare Grow
bullet Skim Bantuan Kewangan untuk Penjagaan Kanak-Kanak di Tajaka - Centre-based Financial Assistance Scheme for Childcare (CFAC) - in English
bullet Skim Bantuan Kewangan untuk Pendidikan Tadika - Kindergarten Financial Assistance Scheme (KiFAS) - in English
bullet Skim Bantuan Yuran Bagi Khidmat Penjagaan Pelajar - Student Care Fee Assistance Scheme (SCFA)
bullet Program "Healthy Start" (HSP)
 
ComCare EnAble
bullet Skim Bantuan Awam - Public Assistance (PA)
bullet Dana Bantuan Teknologi - Assistive Technology Fund (ATF) (dalam Bahasa Inggeris)
bullet Skim Bantuan Yuran Bagi Khidmat Penjagaan Pelajar - Student Care Fee Assistance Scheme (SCFA)
 
Dana ComCare Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC)
 
Para penduduk yang memerlukan bantuan boleh merujuk kepada Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) di kawasan tempat tinggal mereka. CCC juga mengendalikan skim-skim bantuan menggunakan Dana ComCare CCC. Dana tersebut telah diwujudkan, di atas kesedaran betapa pentingnya peranan yang dimainkan pertubuhan akar umbi, dalam membantu golongan kurang berkemampuan.
 
Sebanyak $4 juta telah diperuntukkan untuk Dana ComCare CCC bagi 84 CCC di merata Singapura. CCC boleh menggunakan dana ini untuk membantu warga susah melalui berbagai cara, bergantung kepada keperluan penduduk.
 
Top
 
 
Program Perintis di bawah ComCare
 
Program-program perintis yang telah diluluskan di bawah ComCare adalah:
  • Dana Keusahawanan ComCare
  • Khidmat Menghantar Makanan Ke Rumah untuk Warga Tua (tarikh mula: Ogos 2005)
  • Comcare 'Silver Connect' (tarikh mula: November/Disember 2005)
  • Khidmat Terapi Di Rumah untuk Golongan Kurang Upaya ComCare
 
Top
 
 
Ingin memulakan program atau khidmat untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan?
 
Di bawah ComCare, $10 juta telah diperuntukkan sebagai dana bagi program-program permulaan atau program perintis. Pertubuhan akar umbi dan badan kebajikan sukarela boleh menyarankan program-program bantuan perintis, dengan bantuan dana daripada ComCare.
 
Jika diluluskan, ComCare memberi dana sebanyak 50% keseluruhan kos projek, buat jangka maksima 3 tahun.
 
Klik di sini untuk mendapatkan Borang Permohonan dan Garis Panduan (dalam Bahasa Inggeris)
 
Top
 
 
Keterangan lanjut mengenai ComCare (dalam Bahasa Inggeris)
 
 
Warga Singapura yang ingin mendapatkan bantuan, boleh menghubungi Majlis Pembangunan Masyarakat, Pusat Khitmat Keluarga atau Pemimpin akar umbi di kawasan kediaman anda. Jika anda tidak tahu dimana untuk mendapatkan bantuan, sila hubungi talian ComCare Call (1800 222 0000). Operator yang mengendalikan talian ComCare ini akan membantu merujuk anda ke pusat-pusat bantuan yang sesuai.
 
Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang ComCare, anda boleh email ke comcare@mcys.gov.sg.
 
Top
 
 
Kenyataan akhbar dan ucapan-ucapan mengenai ComCare (dalam Bahasa Inggeris)
 
 
Top
 
 Last Updated on 23 rd  Jul  2008